Imam Ahmad Menafikan Allah swt Bertempat



Imam Abu Fahdl at Tamimi yang merupakan salah seoarang ilmuan sunnah dalam karyanya Akidah Imam Ahmad , beliau mendakwa Imam Ahmad mengingkari bahawa Tuhan berada di segala tempat dengan zatnya kerana segala tempat itu merupakan perkara yang mahdud ( berhad ).

Dari kenyataan ini , dapat kita ambil kefahaman bahawa Imam Ahmad menafikan Tuhan berada pada segala tempat beralasankan tempat itu ada had, dan hal ini juga bersamaan jika Tuhan bertempat di atas arash. Arash juga dalam ketegori tempat, ini bermakna kenyatan " Allah tertinggi atas arash bukan merujuk kepada memaknakan Tuhan bertempat, hanya sekadar mengikut apa yang Tuhan sifatkan sahaja.

Bagi mereka yang berakal waras, apabila membaca teks Imam Abu Fahdl ini sudah pasti akan faham maksud tafwid yang sering dinyatakan oleh asyairah ...

Semoga Allah menunjukkan kita dan mereka ke jalan kebenaran......

Istifadah dari : Akidah Imam Rashidv
Wallahualam Bis sawab wa ilaihil marjiul wall

@ Abdul Rashid
Previous
Next Post »
Thanks for your comment